"Di manakah orang-orang yang saling mencintai demi kemulianKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dalam naunganKu, kerana pada hari ini tidak ada naungan selain naunganKu." (Al-Hadith)
hmmm...betul bukan..sebagai manusia biasa kita memerlukan pendamping iaitu sahabat yang boleh menjadi teman gembira, sedih, marah, study dan macam2 lg.teman yang baik juga akan sentiasa bersama-sama saat kita ditimpa musibah..sebuah persahabatan yang baik akan memberi kebahagiaan dan seharusnya seseorang itu akan menikmati kebahagiaan dan erti sebuah persahabatan..dan Allah swt juga akan menaungi orang yang bersahabat dan saling mencintai keranaNya,,
"SUSAH LA NAK CARI KAWAN YANG BAIK NI..."ye ke????hmm...memang ramai yang beranggapan macam tu..lebih2 lagi zaman sekarang ni.muda2 lagi dah macam2 perangai yang tak senonoh yang boleh kita nampak.dan kalau silap pilih kawan macam mana tu???silap2 kita pulak yang jadi macam tu..nauzubillah....
tapi sebenarnya kalau kita berkawan dengan orang yang berperangai "macam tu" pn, sebenarnya tak ada masalah,,apa yang penting adalah diri kita sendiri.diri sendiri lah yang menentukan baik buruk nya perangai kita, tingkahlaku, halatuju dan macam mana kita mengawal tindak tanduk kita supaya tak terjerumus ke jalan yang tak diredhai Allah....
macam mane tu...??????
kalau berkawan pn,,kena pandai2 sesuaikan diri..kalau diajak untuk buat benda yang dirasakan tak elok,,cuba jauhkan,,tapi nanti kena tinggal ngn kawan plak kan kalau tak masuk geng diorang...?????------ermmm...kalau macam tu elakkan..cuba nasihat..kalau kawan tu tak makan nasihat (tak makan saman*-*),,cakap elok2.memang susah nak menasihati orang lain,lebih2 lagi kalau kita bukan adik-beradik diorang,,hanya teman biasa je..
banyak benda yang terjadi kalau kita tak berhati-hati kalau pilih kawan kan...?same goes to >>'pakwe makwe' things..-_-??kalau nak pilih kena cari yang boleh same2 nasihat-menasihati, tegur-menegur..nati hubungan tu InsyaAllah akan diredhai Allah ka...*-*
"KALAU KITA PANDAI MEMILIH JALAN YANG BENAR BAGI DIRI KITA,,,INSYAALLAH KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN DATANG KEPADA KITA,,,"
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.
1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.)
2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah
5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat mesum oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah."
6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.
7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya
HADIS SAHIH BUKHARI
